Purih Bangsa…

by Reedz on February 22, 2007


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-23 Kepada Semua Pengunjung AnakBrunei.Org




Brunei tanah air kita
Warisan berkurun lamanya
Budaya Melayu teras bangsa
Islam cara hidup kita

Kita purih pancir mulia
Tabah gagah berhemah tinggi
Bermaruah dan berperibadi
Bersopan sedar harga diri

Masa depan penuh cabaran
Kita ungkayahkan dengan iman
Dengan ilmu bakti setia
Ikhlas amanah kerana Allah

Bangunkan kemakmuran
pelihara keamanan
Teguhkan kedaulatan
Tegakkan keadilan
Junjunglah kebenaran
Hidupkan kerohanian
Ajaran Allah kita turutkan

Tegak bersatu mendukung negara
Brunei sejahtera bumi tercinta
Taat setia rakyat bahagia
Di bawah naungan Sultan kita

Lirik : Shukri Zain
Lagu : Manaf Haji Kamis
Susunan muzik : Manaf Haji Kamis

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: