Gerai Perayaan Hari Keputeraan

by Reedz on September 25, 2013

07-DSCF2252

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk di negara ini termasuk para peniaga.

Ini memandangkan setiap kali tibanya musim perayaan bagi sambutan tersebut akan diadakan gerai-gerai perayaan bagi mereka yang berminat dalam bidang perniagaan sama ada yang sudah lama berkecimpung mahupun yang baru berjinak-jinak dengannya untuk menambahkan rezeki dan pendapatan masing-masing, di samping sedikit sebanyak dapat membantu menjana perkembangan ekonomi negara.

Para peniaga membuka gerai mereka seawal 5.00 petang hingga selewat 12.00 tengah malam dengan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, buah-buahan, permainan kanak-kanak, aksesori termasuk minyak wangi dan sebagainya.

Untuk menjaga kebersihan alam persekitaran para peniaga yang menyertai gerai-gerai perayaan disaran agar bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

01-DSCF2240

02-DSCF2242

03-DSCF2243

04-DSCF2244

05-DSCF2245

08-DSCF2253

13-DSCF2270

14-DSCF2272

18-DSCF2285

19-DSCF2296

Enhanced by Zemanta

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: