1 Baju 1 Senyuman, Terus Mendapat Sambutan

by Reedz on May 27, 2016

Projek Amal 1 Baju 1 Senyuman terus mendapat perhatian orang awam semenjak projek itu dilancarkan pada awal April yang lalu oleh Yang Mulia Awang Misle Bin Hj Abdul Karim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Hari Jumaat 27/05/16, projek Amal Satu Baju Satu Senyuman telah mendapat tajaan berupa 23 kayu kain untuk didermakan bagi menjalankan projek ini.

Menyampaikan Derma tersebut ialah YM Dayang Sufina Binti Dr Hj Jumat, Pengarah bagi Syarikat Hj Idris Kalong Sdn Bhd (SHIKA) dan disampaikan kepada Pengasas Battle Pro Group, yang Mulia Hj Syed Mohd Yassin B Hj Syed Anayatullah Shah, selaku penganjur bersama program amal Satu Baju Satu Senyuman yang diadakan pada bulan April yang lalu.

Sebanyak 579 pasang telah berjaya didermakan untuk anak yatim melalui projek amal yang pertama iaitu pada 4hb – 7hb April dan 268 pasang melalui projek amal yang ke dua, iaitu semasa Karnival Kembara Islam 1437H.

Walaubagaimanapun, menurut Hj Syed Mohd Yassin, jumlah derma waqaf kain tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan tempahan.
“Ahamdulillah masih ada yang ingin menderma untuk projek amal ini, jadi kami cadangkan untuk wang derma tersebut dibelikan kain untuk menampung projek ini”.

“Semoga berkat derma tersebut, syarikat SHIKA akan diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan” tambahnya lagi.

Pengarah Shika, YM Dayang Sufina (Tengah) menyampaikan derma kain kepada Ym Hj Syed Mohd Yassin Bin Hj Syed Anayatullah Shah

Pengarah Shika, YM Dayang Sufina (Tengah) menyampaikan derma kain kepada Ym Hj Syed Mohd Yassin Bin Hj Syed Anayatullah Shah

{ 1 comment… read it below or add one }

Brad June 2, 2016 at 2:49 am

This is the first time I see people donating fabrics. Spot on! 🙂

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: