Daulat Kebawah Duli Tuan Patik #HMJubliEmas

by Reedz on October 5, 2017

 

Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Menghadap kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hamba Kebawah Duli Tuan Patik serta keluarga dengan rendah hati dan penuh hormat serta takzim menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Tuan Patik.

Hamba Kebawah Duli Tuan Patik selaku rakyat merasa amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dikurniakan seorang Raja yang penyayang, pengasih dan berjiwa rakyat yang cukup mengambil berat akan agama dan kesejahteraan rakyat baginda.

Hamba Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa mendoakan semoga Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa sihat wal’afiat, dilanjutkan usia dan kekal qarar memerintah negara zikir, Negara Brunei Darussalam dengan petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Aamiin ya Rab’bal Alamiin~

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: